Archives for;

Broker Forex ECN

 

Broker Forex ECN (ECN=Electronic Communications Network)

Broker ECN

  • Broker ECN menghantar dagangan anda ke kolam ECN, di mana penyedia kecairan lain (seperti bank, dana lindung nilai, broker, dan pedagang) akan menjadi pihak lawan untuk dagangan anda.
  • Semua peserta (bank, pembuat pasaran dan pedagang runcit) akan berdagang menentang satu sama lain dengan menghantar saingan bidaan dan tawaran ke dalam sistem.
  • Membenarkan perintah pelanggan untuk berhubung di antara satu sama lain.
  • Perintah dipadankan dengan pihak lawan secara langsung.
  • Peserta akan menerima tawaran dagangan terbaik yang tersedia ketika itu.
  • Hanya spread berubah-ubah.
  • Membuat keuntungan hanya menerusi komisen. Broker ECN tidak membuat keuntungan atas spread (perbezaan bid/ask)
  • Memaparkan Kedalaman Pasaran (DOM) dalam tetingkap data. Para pedagang boleh menunjukkan saiz perintah dan pedagang lain boleh mendapatkan perintah itu, lalu melihat di manakah kecairannya.

Kelebihan ECN

  • Berdagang dalam persekitaran tanpa nama.
  • Pemprosesan secara terus dengan kecairan bank.
  • Semua gaya dagangan dialu-alukan
  • Harga dan spread antara bank. Semakinramai peserta dalam pasaran, semakinketat spread.
  • Ketelusan harga lebih bagus, pemprosesan lebih pantas, kecairan meningkat.

Read More: Jenis-jenis Broker Forex Runcit: ECN vs DMA vs STP vs Pembuat Pasaran