Archives for;

Broker-broker Forex yang menawarkan MT5

 

MT5 (dikeluarkan pada 2010) & MT4 (dikeluarkan pada 2005)

  • Terdapat beberapa penambahbaikan dalam MT5, namun MT4 masih menjadi platform yang lebih terkenal di kalangan pedagang dan pembangun. MT4 juga adalah platform dagangan utama yang ditawarkan oleh kebanyakan broker forex. Berikut adalah sebab-sebabnya:
    • Sumber sedia ada. Apabila MT5 dikeluarkan pada tahun 2010, MT4 telah terkenal dan telah berada di dalam pasaran selama 5 tahun. Banyak penunjuk & Penasihat Pakar (EA) dibangunkan untuk MT4 dengan MQL4 sebagai bahasa pengekodan.
    • Tidak serasi tanpa pengubahsuaian. Petunjuk & Penasihat Pakar (EA) yang telah ditulis dengan MQL4 tidak berfungsi untuk MT5. Pembangun harus menulis semula semua kod dalam C++ & MQL5. Kebanyakan pembangun juga hanya belajar menulis kod dalam MQL4, mereka tiada pengalaman dengan MQL5. (MQL4 lebih mudah dan mesra pelanggan untuk pedagang biasa. MQL5 memerlukan pengalaman dalam bahasa pengaturcaraan seperti C+++, Java)
    • Berbanding dengan MT5, MT4 lebih stabil dan cukup bagus untuk ramai pedagang.
    • Oleh sebab MT4 telah digunakan oleh lebih ramai orang, maka komuniti yang menyokongnya adalah lebih bagus.

Penambahbaikan MT5 termasuklah:

  • Kalendar ekonomi yang terbina di dalam
  • Rangka masa carta yang lebih banyak
  • Tambahan penunjuk teknikal
  • Tambahan 2 jenis perintah belum selesai
  • Boleh menyokong lebih banyak pasaran, seperti contoh – saham, komoditi (jika broker menawarkan pasaran ini).