Jenis-jenis Broker Forex Runcit: ECN vs DMA vs STP vs Pembuat Pasaran

DD/MM(Pembuat Pasaran, broker dengan meja urusan)

Broker dengan Meja Urusan (DD/MM) (atau Pembuat Pasaran):

  • Bertindak sebagai pihak lawan untuk transaksi pelanggan
    • Ambil dan rancang perintah menerusi Meja Urusan
    • “Membuat pasaran” dan berdagang menentang pelanggan. (Mereka berdagang secara berlawanan. Apabila pedagang ingin menjual, mereka akan membeli. Apabila pedagang ingin membeli, mereka akan menjual)
    • Broker dengan meja urusan boleh memprofilkan pelanggan mereka. Mereka akan membahagikan pelanggan ke dalam kumpulan secara sistematik dengan algoritma. (Sering dipanggil sebagai “Buku A”, atau “Buku B”)
      • “Buku A” Adalah automasi untuk pelanggan yang akan kalah: Broker secara automatik mengambil langkah bertentangan. Kerugian dagangan pelanggan akan didagang-balas dan menjadi keuntungan broker. Semakin tinggi kerugian pedagang semakin banyak keuntungan buat broker.
      • “Buku B” Adalah automasi untuk pelanggan yang akan menang: Broker secara automatik mengambil langkah bertentangan, kemudian melindung nilai posisi dalam pasaran sebenar di mana mereka mempunyai akses (cth: Apabila pedagang membeli, broker akan menjual posisi mereka, kemudian, broker akan membeli jumlah yang sama dalam pasaran sebenar). Ia juga dibuat secara automatik menerusi algoritma. Dalam kes ini, broker akan menjana keuntungan (menerusi spread atau komisen).
    • Spread tetap.
    • Meraih keuntungan menerusi spread dan apabila pelanggan kehilangan dagangan.
    • Kemungkinan ada Manipulasi Harga. Pedagang tidak dapat melihat sebut harga sebenar dalam pasaran.
    • Ketelusan bagi broker dengan meja urusan berbeza-beza, bergantung kepada peraturan syarikat mereka.

Broker Forex NDD (Tanpa Meja Urusan)

  • Bertindak sebagai orang tengah.
    • Tiada meja urusan= Tiada pembuatan pasaran = Pemprosesan secara terus (Straight-through processing)
    • Pemprosesan secara terus membenarkan proses dagangan dijalankan secara elektronik tanpa campur tangan manual
    • Menyediakan akses ke pasaran antara bank tanpa meja urusan. Semua perintah akan dihantar ke Penyedia Kecairan (LP) secara terus.
  • Tiada sebut harga semula dan masa henti tambahan ketika ingin mengesahkan perintah.
  • Buat keuntungan menerusi komisen atau spread
  • Dalam pasaran Forex runcit, biasanya terdapat 2 jenis broker forex NDD, iaitu: Broker Forex STP Tetap & Broker Forex ECN.

Kelebihan Broker Forex Tanpa Meja Urusan (NDD)

  • Tanpa Nama. Perintah pelanggan akan dilaksanakan secara automatik, dengan segera dan tanpa nama. Tiada meja urusan akan melihat perintah anda.
  • Pengisian yang lebih bagus & pantas. Disebabkan semua Peserta atau penyedia kecairan bersaing untuk harga dalam pasaran sebenar.

Penyedia Kecairan (LP)

  • Penyedia kecairan bertindak sebagai ‘pembekal’ kepada broker forex. LP dan broker forex perlu menjana keuntungan.
  • Dengan Broker Forex Tanpa Meja Urusan (NDD), LP akan menjadi pihak lawan bagi dagangan anda. Mereka akan melaksanakan posisi secara bertentangan, dan mencari peluang untuk membuat keuntungan dengan menutup posisi dalam dagangan bersama pihak lain.
  • Harga ditentukan oleh LP
    • LP akan bersaing untuk menyediakan harga bid/ask yang terbaik untuk perintah daripada broker.
    • Lebih banyak LP bermaksud lebih dalam kolam kecairan, maka spread akan menjadi lebih baik.
    • Trader biasanya akan dapat spread yang berubah-ubah.
  • Jumlah Penyedia Kecairan
    • Satu Penyedia Kecairan. Sesetengah broker ‘STP’ hanya memiliki satu LP, maka tiada persaingan harga. Tugas mereka hanyalah sebagai IB (Introducing Broker). LP akan mengawal harga (spread). Kos penyelenggaraan adalah lebih rendah, tetapi broker akan bergantung sepenuhnya pada satu LP.
    • Kebanyakan Broker STP memiliki sejumlah penyedia kecairan yang telah ditetapkan.
    • Broker ECN memiliki penyedia kecairan yang lebih banyak.

Broker Forex STP

  • Broker Forex STP tidak berdagang secara bertentangan daripada kehendak pelanggan.
  • Jana keuntungan menerusi mark-ups Mereka menambah tokokan kecil dalam kadar bid dan ask terbaik yang diperoleh daripada LP. Contohnya, menambah satu pip dalam harga bid terbaik atau menolak 0.6 pip daripada harga ask terbaik, yang diperoleh dari LP.
  • Tiada meja urusan & Tiada campur tangan wakil niaga. Perintah pelanggan akan dihantar secara terus ke beberapa penyedia kecairan (Bank atau Broker Lain)
  • Lebih banyak penyedia kecairan bermaksud lebih banyak kecairan dan pengisian yang lebih bagus buat pelanggan.
  • Menyediakan akses kepada sebut harga pasaran secara langsung
  • Broker STP yang mempunyai spread tetap tidak akan mengubah suai spread berdasarkan harga bid/ask terendah yang ditawarkan LP. Spread tetap yang dikenakan oleh mereka adalah lebih tinggi daripada sebut harga terbaik yang ditawarkan oleh LP. Mereka mungkin menggunakan sistem padanan harga untuk memastikan mereka memperoleh keuntungan pada perbezaan spread, ketika melindungi dagangan dengan LP pada kadar yang lebih baik, pada masa yang sama.

Akses Pasaran Langsung (DMA)

DMA Forex merujuk kepada kemudahan elektronik yang memadankan perintah daripada pedagang dengan harga pembuat pasaran bank. Jadi, pedagang buy-side boleh berdagang dalam persekitaran kependaman yang rendah dan telus.

  • Akses langsung ke pasaran. Semua perintah akan diberi terus ke LP
  • Pedagang boleh membuka perintah dengan LP (bank, pembuat pasaran, broker lain dll).
  • Hanya Market execution. Broker STP yang menawarkan market execution menyediakan Akses Pasaran Langsung (DMA) yang sebenar.
    • Market Execution lebih telus. Perintah masuk ke dalam pasaran dan diisi berdasarkan sebut harga yang diberi oleh LP. (Broker STP+DMA akan menambah sedikit tokokan untuk memperoleh keuntungan)
    • Instant Execution kurang telus. Perintah tidak masuk ke dalam pasaran. Ia diisi dengan segera oleh broker, yang kemudiannya mungkin (atau tidak) mempertimbangkan risiko sendiri bersama LP. Sesetengah broker forex STP mengisi perintah pelanggan mereka dengan Instant Execution. Kemudian, mereka akan melindungi nilai perintah tersebut bersama LP untuk menjana keuntungan. Jika tiada peluang untuk lindung nilai yang menguntungkan semasa pedagang menghantar perintah, mereka mungkin akan mengalami sebut harga semula.
  • Perintah dimudahkan oleh broker. Broker tersebut bukan pembuat pasaran atau destinasi kecairan pada platform DMA seperti yang diberikan kepada pelanggan.
  • Platform membina satu tokokan tetap dalam harga yang dirunding pelanggan dan/atau mengenakan caj komisen.
  • Hanya spread berubah-ubah
  • pilihan: Akses buku kedalaman pasaran (akses DOM)
  • Broker forex ECN sering menawarkan DMA, namun hanya sebahagian daripada broker STP menawarkan DMA.

Broker Forex STP yang tawar DMA: 

Kelebihan STP+DMA

  • Platform tanpa nama yang memastikan harga kekal neutral dan menggambarkan keadaan pasaran global FX
  • Dengan model DMA, tiada sebut harga semula, penolakan kadar atau isian secara separuh kerana penyedia kecairan mereka amat komited dengan tawaran bid/ask
  • Harga yang berdaya saing
  • Ketelusan
  • Mengalu-alukan semua gaya dagangan

STP vs STP dengan DMA

  • Broker STP+DMA memiliki lebih ramai penyedia kecairan, maka harga lebih baik buat pelanggan.
  • Broker STP+DMA sering menawarkan spread berubah-ubah, manakala sebahagian daripada broker forex STP menawarkan spread tetap
  • Pelaksanaan perintah DMA selalunya adalah Market execution;
  • Dengan model DMA, tiada sebut harga semula
  • Model DMA membenarkan semua gaya dagangan: scalping, dagangan berita, dagangan swing, dagangan posisi, dll.

Broker Forex ECN (ECN=Electronic Communications Network)

Broker ECN

  • Broker ECN menghantar dagangan anda ke kolam ECN, di mana penyedia kecairan lain (seperti bank, dana lindung nilai, broker, dan pedagang) akan menjadi pihak lawan untuk dagangan anda.
  • Semua peserta (bank, pembuat pasaran dan pedagang runcit) akan berdagang menentang satu sama lain dengan menghantar saingan bidaan dan tawaran ke dalam sistem.
  • Membenarkan perintah pelanggan untuk berhubung di antara satu sama lain.
  • Perintah dipadankan dengan pihak lawan secara langsung.
  • Peserta akan menerima tawaran dagangan terbaik yang tersedia ketika itu.
  • Hanya spread berubah-ubah.
  • Membuat keuntungan hanya menerusi komisen. Broker ECN tidak membuat keuntungan atas spread (perbezaan bid/ask)
  • Memaparkan Kedalaman Pasaran (DOM) dalam tetingkap data. Para pedagang boleh menunjukkan saiz perintah dan pedagang lain boleh mendapatkan perintah itu, lalu melihat di manakah kecairannya.

Kelebihan ECN

  • Berdagang dalam persekitaran tanpa nama.
  • Pemprosesan secara terus dengan kecairan bank.
  • Semua gaya dagangan dialu-alukan
  • Harga dan spread antara bank. Semakinramai peserta dalam pasaran, semakinketat spread.
  • Ketelusan harga lebih bagus, pemprosesan lebih pantas, kecairan meningkat.

Broker ECN vs Broker STP dengan DMA

  • ECN adalah model yang paling telus. Broker Forex ECN menyediakan pasaran di mana semua peserta akan berdagang menentang satu sama lain dalam masa yang sebenar.
  • Kedua-dua broker hanya menawarkan spread berubah-ubah;
  • Broker STP+DMA juga akan menambah sedikit tokokan untuk mengaut keuntungan. Broker ECN mengenakan caj komisen.
  • Kedua-dua broker mempunyai pecahan harga;
  • Kedua-dua broker mempunyai buku perintah DOM (Kedalaman Pasaran). Broker STP+DMA selalunya tidak akan menunjukkan buku itu kepada anda.

Model Hybrid

  • Kebanyakan broker menawarkan akaun meja urusan, akaun ECN atau akaun STP pada masa yang sama. Pedagang boleh memilih akaun mana yang mereka ingini.
  • Akaun Sen atau Akaun Mini dari broker STP selalunya adalah akaun dengan meja urusan. Semua perintah kecil dari pedagang (biasanya bawah daripada 0.1 lot) tidak boleh dihantar ke penyedia kecairan kerana mereka tidak menerima perintah kecil, berdasarkan kontrak mereka dengan broker forex. Maka, broker biasanya akan menggunakan model meja urusan untuk akaun jenis ini.
  • Bagi perintah melebihi 0.1 lot, broker STP biasanya akan menghantar perintah secara terus ke penyedia kecairan dengan Model STP.

Kesimpulan

  • Broker dengan meja urusan atau Pembuat pasaran membuat keuntungan melalui spread dan apabila pelanggan kehilangan dagangan. Semakin ramai pedagang yang menang, semakin tinggi risiko operasi bagi broker dengan meja urusan.
  • Broker tanpa meja urusan adalah lebih telus. Mereka mahu pelanggan mereka menang kerana kekalahan pelanggan bukanlah keuntungan mereka. Lebih banyak pelanggan berdagang, lebih banyak keuntungan mereka boleh dapat (menerusi komisen atau mark-up spread sedikit)
  • Tidak semua broker forex akan berlaku jujur dengan anda. Jadi, sama ada anda memilih broker ECN, STP atau Pembuat pasaran, apa yang penting adalah untuk berdagang dengan broker yang memiliki reputasi yang bagus.

Leave a Reply