Archives for 

Broker-broker Forex dengan Akaun Dagangan yang diasingkan (Dana)

Broker-broker Forex dengan Akaun Dagangan yang Diasingkan

  • Akaun dagangan yang diasingkan bermaksud sebuah akaun bank bersama di mana semua dana pelanggan diasingkan daripada dana broker. (Untuk pelabur besar, akaun dagangan yang diasingkan boleh dibuka secara individu.)
  • Dalam kebanyakan negara, broker dikehendaki untuk mengekalkan akaun dagangan berasingan buat pelanggan.
    • Ia sebuah langkah perlindungan untuk memastikan dana pelanggan tidak akan diguna oleh broker atas tujuan pengendalian.
  • Akaun dagangan berasingan (pengasingan dana pelanggan dan dana syarikat secara jelas) boleh membantu melindungi dana pelanggan. Keberkesanan pengasingan mungkin terhad, bergantung kepada peraturan di setiap negara.
    • Di sesetengah negara yang tidak memiliki peraturan yang teratur, broker yang bereputasi baik biasanya tidak akan menggunakan wang pelanggan untuk kegunaan sendiri. Namun, mereka mungkin akan menggunakan dana tersebut dalam keadaan-keadaan tertentu. Contohnya, jika broker jatuh muflis, dana pelanggan mungkin akan digunakan untuk membayar hutang.
  • Apa yang boleh kita lakukan?
    • Apabila mendaftar akaun dagangan yang baru, baca lampiran Terma & Syarat dalam borang Persetujuan Pelanggan. Selalunya lampiran tersebut akan menyentuh tentang tahap perlindungan bagi dana pelanggan.