Archives for 

Broker-broker Forex dengan MAM/PAMM/LAMM

 

Jenis-jenis akaun yang diuruskan: MAM (Multi-Account Manager), PAMM(Percentage Allocation Management Module), atau LAMM (Lot Allocated Management Module).

Dengan akaun MAM, PAMM, atau LAMM, pengurus kewangan boleh berdagang bagi pihak pelanggan mereka menerusi perisian yang akan melaksanakan perintah dengan akaun master lalu mengautomasikan peruntukan dagangan kepada akaun pelanggan.

1.1 MAM (Multi-Account Manager)

Akaun MAM:

  • Memberi fleksibiliti yang hebat dengan kaedah peruntukan yang berbeza – Lot (seperti LAMM), dan Peratusan (seperti PAMM)
  • Membenarkan pengurus kewangan untuk menyesuaikan risiko pada setiap sub-akaun berdasarkan keutamaan risiko pelanggan. Contohnya, akaun MAM membenarkan pengurus untuk mengubah jumlah leverage yang diguna pada sub-akaun tertentu.

1.2 PAMM (Percentage Allocation Management Module)

Dengan PAMM, peruntukan bagi keuntungan atau kerugian bergantung kepada peratusan dana yang dilaburkan oleh pelanggan.

Contoh dengan PAMM:

  • Jumlah keseluruhan dana = 100 Ribu
  • Akaun Pelanggan A 30 Ribu USD = 30% dari semua dana
  • Akaun Pelanggan B 10 Ribu USD = 10% dari semua dana
  • Akaun Pelanggan C 20 Ribu USD = 20% dari semua dana

Jika pengurus kewangan memiliki perdagangan yang menguntungkan, dengan keuntungan sebanyak 1,000 USD, maka:

  • Akaun Pelanggan A 30 Ribu USD = 30% dari semua dana
  • Maka keuntungan untuk Pelanggan A = 1,000 * 30% = 300 USD
  • Akaun Pelanggan B 10 Ribu USD = 10% dari semua dana
  • Maka keuntungan untuk Pelanggan B = 1,000 * 10% = 100 USD
  • Akaun Pelanggan C 20 Ribu USD = 20% dari semua dana
  • Maka keuntungan untuk Pelanggan C = 1,000 * 20% = 200 USD

1.3 LAMM (Lot Allocated Management Module)

Dengan LAMM, keuntungan dan kerugian bergantung kepada berapa banyak LOT yang sanggup didagangkan oleh pelanggan.

Contoh dengan LAMM:

  • Akaun Pelanggan A 30 Ribu USD, 2 lot untuk didagang setiap masa
  • Akaun Pelanggan B 20 Ribu USD, 2 lot untuk didagang setiap masa
  • Akaun Pelanggan C 50 Ribu USD, 0.5 lot untuk didagang setiap masa
  • Jumlah keseluruhan dana yang diuruskan = 30 ribu + 20 ribu + 50 ribu = 100 Ribu

Jika pengurus kewangan memiliki perdagangan yang menguntungkan, yang memberi keuntungan sebanyak 1,000 USD untuk satu lot, maka keuntungan akan dibahagi seperti berikut:

  • Akaun Pelanggan A 30 Ribu USD, 2 lot untuk didagang setiap masa
  • Maka keuntungan untuk pelanggan A = 1000 USD * 2(lot) = 2000 USD
  • Akaun Pelanggan B 10 Ribu USD, 2 lot untuk didagang setiap masa
  • Maka keuntungan untuk pelanggan B = 1000 USD * 2(lot) = 2000 USD
  • Akaun Pelanggan C 20 Ribu USD, 0.5 lot untuk didagang setiap masa
  • Maka keuntungan untuk pelanggan C = 1000 USD * 0.5(lot) = 500 USD

Kerugian juga boleh dikira dengan langkah yang sama.