Archives for 

Broker-broker Forex dengan Leverage yang Tinggi

 

Keperluan Margin dan Leverage

Margin: deposit yang diperlukan untuk membuka atau mengekalkan posisi.

  • Margin terpakai: jumlah yang sedang digunakan untuk mengekalkan atau membuka sebuah posisi
  • Margin boleh guna: jumlah yang boleh digunakan untuk membuka posisi baru atau menambah dalam posisi yang sedia ada.

Leverage. Cth. leverage 100:1. Dengan baki margin sebanyak $1,000 dalam akaun anda, dan keperluan 1 peratus margin, anda boleh membeli atau menjual posisi dengan nilai $100,000.

Kemahiran pengurusan risiko & pengurusan wang adalah amat penting jika pedagang mengambil keputusan untuk berdagang dengan leverage yang tinggi. Ia amat berisiko.

Ambil perhatian bahawa kebanyakan broker forex akan menutup semua dagangan terbuka secara automatik apabila baki margin jatuh di bawah jumlah yang diperlukan untuk kekal membuka posisi. Jika tidak, pedagang mungkin akan kerugian lebih banyak daripada jumlah wang yang ada di dalam akaun mereka disebabkan oleh leverage.