Archives for 

FCA (UK) Broker-broker Forex Berdaftar

FCA (UK) Broker-broker Forex Berdaftar

Status Firma dalam FCA, Dibenarkan dan Dibenarkan EEA

  • Dibenarkan EEA – Firma perkhidmatan kewangan yang telah diberi kuasa dalam negara European Economic Area (EEA) yang memiliki ‘pasport’ untuk menawarkan produk dan perkhidmatan tertentu di United Kingdom dan negara-negara EEA yang lain. Berdasarkan prinsip pasport dalam undang-undang Kesatuan Eropah, sebuah syarikat yang dikawal selia dalam negara EEA boleh menawarkan perkhidmatan mereka kepada penduduk negara EEA yang lain.
    • European Economic Area (EEA) termasuklah negara-negara Kesatuan Eropah, ditambah dengan Iceland, Norway dan Liechtenstein. Firma-firma ini dikawal selia di negara asal mereka dan harus mematuhi piawaian yang telah dipersetujui oleh semua negara EEA.
    • Perkhidmatan dan produk yang boleh ditawarkan oleh firma yang dibenarkan EEA di United Kingdom akan diperincikan dalam bahagian ‘Pasport’ bagi rekod mereka pada Pendaftaran Perkhidmatan Kewangan.
    • Broker Yang Dibenarkan EEA berdaftar dalam FCA, namun dikawal selia dalam Negara asal mereka.
  • Dibenarkan (Dikawal selia oleh FCA UK)- Firma yang telah diberi kebenaran oleh FCA untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia. Jika firma perkhidmatan kewangan berpangkalan di negara luar dari EEA, mereka masih boleh beroperasi di UK namun harus mendapat kebenaran FCA dan akan muncul pada Pendaftaran Perkhidmatan Kewangan sebagai ‘Dibenarkan’.
    • Broker yang Dibenarkan adalah broker yang dikawal selia oleh FCA UK.

Ketahui lebih lanjut tentang firma asing dalam Pendaftaran Perkhidmatan Kewangan.

http://www.fca.org.uk/firms/systems-reporting/register/use/foreign-firms

 

Status Firma: Senarai Broker Forex Yang Dibenarkan EEA

ACFX, AFX Capital, AvaTrade, Blackwell Global (CY), Bulbrokers, Deltastock, Finexo, Forex Time (FXTM), FX Global Markets (FXGM),

 

Status Firma: Senarai Broker Yang Dibenarkan

Abshire-Smith, ActivTrades, Atom8, Bulls And Bears Forex UK, City Credit Capital, City Index, CMC Markets UK, CMS Forex UK, Darwinex, DF Markets, FOREX.com UK,FXCM

 

Tentang FSA, FCA dan PRA

  • Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA) adalah sebuah badan separa kehakiman yang bertanggungjawab untuk mengawal selia industri perkhidmatan kewangan di United Kingdom antara tahun 2001 hingga 2013.
  • Pada tahun 2013, FSA telah berpecah menjadi dua badan kawal selia berasingan, iaitu Lembaga Pengendalian Kewangan (FCA, fca.org.uk) dan Prudential Regulation Authority (PRA, www.bankofengland.co.uk).
    • FCA mengawal selia firma kewangan yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan mengekalkan integriti pasaran kewangan UK. FCA memberi fokus kepada kawal selia pengendalian firma perkhidmatan kewangan runcit dan borong. FCA distruktur sebagai syarikat berhad dengan jaminan.
    • PRA distruktur sebagai syarikat berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh Bank of England. PRA bertanggungjawab untuk menyelia dan memantau hemah bank, bangunan masyarakat, kesatuan kredit, syarikat insurans dan firma pelaburan utama. PRA menetapkan standard dan menyelia institusi kewangan pada tahap firma individu.

Keperluan broker yang dikawal selia oleh FCA

  • Harus memantau & memastikan kualiti bank yang memegang dana pelanggan. Bank tersebut mesti diluluskan oleh FCA.
  • Memastikan dana pelanggan disimpan berasingan daripada dana syarikat. Dana pelanggan tidak boleh dianggap dan digunakan sebagai aset syarikat, walaupun ketika situasi syarikat muflis.
  • Menghantar laporan kewangan secara berkala kepada FCA dan menjalankan audit tahunan.

Kuasa FCA

  • Mengawal selia pengendalian yang berkaitan dengan pemasaran produk kewangan;
  • Menentukan standard minimum dan meletakkan spesifikasi pada produk;
  • Menyiasat organisasi dan individu;
  • Mengharamkan produk kewangan hingga setahun sambil mempertimbangkan pengharaman sementara;
  • Mengarahkan firma untuk segera menarik balik atau mengubahsuai sebarang promosi yang boleh mengelirukan dan mengumumkan keputusan tersebut.

Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan (FSCS)

  • Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan (FSCS) adalah badan dana bebas dan sebuah penyelesaian terakhir bagi pelanggan firma perkhidmatan kewangan yang dibenarkan.
  • FSCS akan membayar tuntutan terhadap firma yang muflis dan tidak berupaya untuk membayar tuntutan yang dikenakan ke atas mereka.
  • Had pampasan untuk pasaran forex: Pelanggan akan menerima 100% daripada £30,000 pertama + 90% daripada £20,000 seterusnya, sehingga £48,000. (http://www.fscs.org.uk/what-we-cover/eligibility-rules/compensation-limits/investment-limits/)
  • FSCS dibiayai oleh cukai ke atas firma-firma yang dibenarkan FCA. Kos ini melibatkan perbelanjaan pengurusan dan bayaran pampasan. Perkhidmatan FSCS adalah percuma untuk semua pelanggan individu.

Pendaftaran FCA – Lindungi diri anda daripada broker forex yang tidak sah

Berhati-hati dengan firma palsu (penipu yang berpura-puramenjadi firma yang dibenarkan oleh FCA). Jika anda berurusan dengan firma palsu dan tidak sah, anda tidak akan dilindungi oleh Financial Ombudsman Service (FOS) atau Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan (FSCS), jika sesuatu terjadi.

Semak pendaftaran FCA di sini: http://www.fca.org.uk/firms/systems-reporting/register

Senarai pendaftaran ini memiliki maklumat tentang broker forex yang dikawal selia oleh FCA. Status firma mestilah ‘Dibenarkan’ atau ‘Dibenarkan EEA’ (bukan ‘berdaftar’).

Jika broker forex tidak tertera dalam Pendaftaran namun mendakwa nama mereka ada dalam senarai, sila hubungi Talian Bantuan Pelanggan FCA di 0800 111 6768.

 

Firma dan individu yang tidak diberi kebenaran dan harus dielak:

FCA: http://www.fca.org.uk/consumers/protect-yourself/unauthorised-firms/unauthorised-firms-to-avoid

Pengawal selia asing: http://www.fca.org.uk/consumers/protect-yourself/unauthorised-firms/foreign-warnings