Archives for 

Broker-Broker Forex Belize

 

Peraturan Belize

  • Sektor perbankan Belize (termasuklah perbankan luar negara) dikawal selia oleh Bank Pusat Belize, manakala sektor bukan perbankan pula termasuk dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa (IFSC) yang ditubuhkan pada tahun 1999.
  • Laman web IFSC: http://www.ifsc.gov.bz/
  • Tanggungjawab IFSC termasuklah:
    • Memperkenal dan membangunkan Belize sebagai pusat untuk perkhidmatan kewangan antarabangsa;
    • Melindungi dan meningkatkan reputasi Belize sebagai pusat kewangan luar negara;
    • Menyediakan pemantauan dan pengawal seliaan yang sewajarnya untuk perkhidmatan kewangan antarabangsa,
    • Merangka dasar serta menyediakan nasihat dan bantuan kepada kerajaan untuk pengawal seliaan perkhidmatan tersebut;
    • Mengumpul, menyimpan dan menghebahkan maklumat yang boleh dipercayai dan tepat pada masanya kepada pihak yang berminat terhadap perubahan dan trend baru dalam perkhidmatan-perkhidmatan ini.
  • IFSC bergantung kepada pengawal seliaan sendiri, bermaksud walaupun kerajaan Belize merangka dan menetapkan piawaian keseluruhan, namun kerja pemantauan dan pematuhan harus dijalankan oleh industri itu sendiri.